PPM-024-04-20072023
PERTUBUHAN INSAN SETIA MELAKA (PISM) adalah salah satu pertubuhan berdaftar dibawah badan bukan kerajaan (NGO) yang dipengerusikan oleh Encik Rosni Bin Karim. Pertubuhan ini menjalankan kerja-kerja amal berpandukan undang-undang dan peraturan aktiviti pertubuhan yang berkuat kuasa dari masa ke semasa.
PISM digerakkan oleh barisan jawatankuasa, kakitangan, wakil, sukarelawan dan peserta program. Setiap penggerak ini tertakluk kepada undang-undang dan peraturan aktiviti pertubuhan. Perlantikan jawatankuasa dibuat melalui Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan setiap 2 tahun sekali.
PENGERUSI : ENCIK ROSNI BIN KARIM
TIMBALAN PENGERUSI : ENCIK RIDHA SHUKRI BIN AZIS
SETIAUSAHA : ENCIK MOHD NORHIDAYAT BIN NORDIN
PEN. SETIAUSAHA : ENCIK MOHD ZULKARNAIN BIN ASIM
BENDAHARI : ENCIK MOHD NORIZWAN BIN ABDUL RAZAK
AHLI JAWATAN KUASA : ENCIK HAMZAH BIN AWANG HASAN
AHLI JAWATAN KUASA : ENCIK RUDDY BIN HAMZAH
AHLI JAWATAN KUASA : PUAN SITI HAJAR BINTI ANUAR
AHLI JAWATAN KUASA : PUAN SITI AZLINAH BINTI ABDUL WAHAB
PISM komited dalam menyantuni golongan yang memerlukan melalui penyaluran bantuan kit makanan, barangan keperluan harian dan sedikit sumbangan wang tunai bagi meringankan beban sara hidup mereka.
Bantuan ini disasarkan khusus kepada golongan :
Asnaf / fakir miskin dan keluarga B40 yang kurang berkemampuan.
Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit kronik.
Warga emas, ibu tunggal dan anak yatim.
Keluarga yang ditimpa bencana, musibah dan kecemasan.
Melalui inisiatif ini, PISM berhasrat memastikan tiada golongan yang terpinggir, serta memupuk semangat kebersamaan, keprihatinan dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat setempat di negeri Melaka.